HARI RAYA OPEN HOUSE.. RENDANG, LEMANG DAN AIR MANIS.. CONFIRM LEMAK MEMBIAK DENGAN JAYANYA
Acara Rumah Terbuka Hari Raya atau Hari Raya Open House ni semestinya menjadi aktiviti popular rakyat Malaysia, khususnya di musim perayaan Aidilfitri.
Rendang, Lemang, Ketupat dan air manis-manis tentulah menu wajib setiap rumah. Takkan nak jamu rumah cantik je, mestilah jamu perut sekali kan.
Musim-musim panas ni, air sejuk menjadi perhatian berbanding makanan.
Makanan Malaysia lebih sinonim dengan masakan bergoreng yang banyak minyak dan manis.
Tidak dinafikan, makanan yang sedap adalah makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak, betul tak kawan-kawan?
Walaupun diri ini dikategorikan 'slim' tapi bila part perut tu memang tidak boleh disembunyikan langsung. Maka, akan adalah pertanyaan "dah berapa bulan tu..? hahaha
Maknanya, itu adalah petanda untuk saya kembali dengan menu sihat dan kembali aktif bersukan, semangat!
Kejap! korang punya Hari Raya Open House macam mana ye, berat badan masih kekal sama atau meningkat naik? 😁
Jom kita buat sama sama nak kekal sihat dan cergas, nak tak?
Meh follow saya rapat, saya akan kongsikan 'next step' saya untuk turunkan perut saya yang buncit ni. 😁😁😁
Comments
Post a Comment