BERHARI RAYA DENGAN SHAKLEE 2023
Diberi tugasan menceritakan pengalaman iolls berhari raya dengan Shaklee 2023 ni sangatlah havoc!!
Segala perancangan dah ready dengan Nasi Arab pes dah siap, Lemang dah tempah, ayam 3 ekor, daging 3 kilo, ketupat dan lain lain semua pesan siap siap mak di kampung diiringi ongkosnya.
Dua minggu sebelum raya, baju Melayu anak anak siap basuh dan 'packing'. Beg khas untuk supplement Shaklee pun dah ready. Omega, Vit C, B Com dan Ostenutrix ready stock sentiasa di bawa ke kampung sebab 'HOT ITEM' set mereka ni.. 😊
Nak dijadikan cerita, pada jam 11 pm hari raya pertama kami sampai ke kampung halaman tercinta Ipoh, Perak. Sebelum sampai Emak iolls call dalam perjalanan, "Tina, mak teringin makan Dunkin Donuts lah.." katanya.
Namun, dah namanya raya pertama tak semua restoran dan kedai franchise ni buka. Hasrat emak iolls tidak dapat ditunaikan. Tapi dalam hati terdetik, apasal malam malam minta Dunkin Donuts pula??
Dah sampai rumah kampung, sambil lepak dan sembang tertanyalah pada Emak kesayangan kenapa tiba tiba teringin makan Dunkin Donuts? Beliau berkata "lima hari sebelum raya mak demam, lepastu deria rasa mak hilang. Rasa pedas je baru rasa.."
Dalam hati, hah sudahh takkan COVID kot... iolls pun panggil Adik di bilik lain "Adik, ambil swab test cuba buat dekat mak ni ha.." Maka, terjawablah Emak iolls positif COVID. 🤐🤐🤐
Lepastu pergi sembang dengan Abah, dia kata "Abah dah dua hari demam.. batuk teruk" dengar cara Abah batuk pun agak kasar dan perit. Dengan pantas panggil Adik buat swab test pada Abah pula. Ujian swab tersebut keputusannya POSITIF!
Tak keruanlah hati ni, Atok dan Opah kena COVID. Cucu cucunya nak bermanja dengan mereka pun tak boleh sebab perlu penjarakan sosial, bersedihlah hati si Opah ni.. alahai..
Nasib baiklah diri ini sentiasa stanby dengan stok Shaklee. "Abah malam ni terus ambil Omega 3 biji pagi dan malam, B com 3 biji malam, Vit C 2 biji 3 kali sehari dan Ostenutrix 4 biji malam sahaja." Ewah.. dah macam doktor pula ye, kena double up supplement ni sebab Abah warga emas risau memudaratkan kesihatan dia, .
Begitulah cerita saya Hari Raya Dengan Shaklee pada Tahun 2023 berakhir dengan kisah COVID Abah dan Emak iolls 😅😅😅
Comments
Post a Comment