KATA-KATA MOTIVASI DIRI : KENALI POTENSI DIRI

" JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANA NAK DAPAT SAGUNYA"

Pepatah melayu yang selalu diungkapkan oleh ramai pakar motivasi.  Kata-kata ini teramat biasa didengari dan amat sesuai untuk kata-kata motivasi, namun adakah kita berani hendak memecahkan RUYUNG / tembok dalam diri yang selalu menghalangi diri kita untuk terus maju kedepan.

SAGU pula merupakan suatu simbolik terhadap isi atau potensi dalam diri sebenar kita yang selalu kita simpan.  Malu untuk menunjukkan potensi diri kerana takut dikritik, bukan orang luar mengkritik tetapi pemikiran kita sendiri yang mengkritik.

Bukan kata pada orang pun, diri iolls ni pun begitu juga.  Takut orang bercakap atau dikritik.  Sebenarnya itu adalah pemikiran kita sendiri.  Selain itu, kita sendiri takut akan kegagalan.  Ya! kegagalan iu mengecewakan bila harapan dah setinggi gunung. 

Sayangkan kalau kita tak tahu potensi diri kita sendiri sampai bila-bila.  Rupa-rupanya dalam diri kita ni ada potensi besar. Lebih malang kalau kita tak pernah mencuba untuk melihat potensi diri. Sedih!

Dikritik dan kegagalan itu sebenarnya adalah suatu yang negatif tetapi jika dilihat sebaliknya ia sebenarnya adalah 'batu loncatan' untuk kita memperbaiki diri untuk lebih cemerlang.  Yang tak bagusnya bila dikritik dan kegagalan itu terus menjadi suatu yang negatif.  Kita membenarkan kritikan dan kegagalan terpahat dalam pemikiran kita.

Apa kata kita tukar kritikan dan kegagalan tersebut menjadi suatu yang positif.  Contohnya dalam business, bulan tersebut kita gagal mencapai target yang disasarkan.  Bisik dalam hati, "Alhamdulillah.. usaha aku bulan ni sikit lagi nak capai, in syaa Allah bulan depan pasti capai target yang disasarkan.."  Cakap sesuatu yang positif, pasti yang positif sentiasa kita dapat.

Maka, potensi diri kita akan menyerlah bila tiba masanya jika kita sentiasa ingin mencuba melakukan yang terbaik selepas kegagalan.

Jom kita sama-sama buat nak?

Salam Positif,

Qistina
Sahabat kesayangan ramai

Comments

Popular Posts