PETUA HILANGKAN JERAGAT
Apakah itu jeragat atau hiperpigmentasi?
Jeragat atau hiperpigmentasi berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit lebih kusam dan tidak senada. Bintik-bintik gelap / tompokan atau jeragat di wajah dan badan bikin membuatkan menjejaskan rasa malu dan kurang keyakinan diri.
Sepatutnya anak-anak remaja ini terdedah dengan penjagaan diri terutamanya muka dan badan. Mungkin boleh dicadangkan disekolah-sekolah berkaitan aktiviti-aktivit begini, tidaklah mereka asyik terdedah dengan cerita cinta monyet atau sibuk mencari cinta di usia muda. Terkadang kepentingan diri dalam meningkatkan kualiti hidup adalah sangat perlu.
Haa.. untuk korang yang ada anak remaja tu khususnya perempuan sila pastikan anak anak korang baca blog iolls ni. Mungkin blog iolls ni dapat memberi kesedaran betapa pentingnya kesihatan kulit terutamanya muka.
Faktor-Faktor Terjadinya Jeragat atau Hiperpigmentasi
- Genetik
- Proses Penuaan
- Terdedah dengan Sinaran Matahari
- Perubahan hormon (contohnya hamil)
- Keradangan kulit
- Kekurangan Vitamin Tertentu seperti vitamin B12
Petua Menghilangkan Jeragat
- Kulit pisang berangan : sapu ditempat jeragat tersebut
- Putih telur : rendam tisu ke dalam putih telur dan tekap dimuka sehingga kering lalu dicuci muka itu
- Sireh muda disejukkan dalam peti sejuk lalu disapu dimuka secara lembut (best juga tu)
- Daun betik 2 helai, segenggam beras yang direndam semalaman dan kayu manis. Kisar mereka hingga halus dan pupur dimuka selama 20 - 30 minit kemudian gosok dimuka secara lembut dan bilas dengan air suam.
- Hampas Kelapa : gosok hampas kelapa di muka kemudian biarkan selama 15 minit. Pasti kulit menjadi lebih gebu.
- Memakai pelindung sinaran matahari dengan menyapu SPF 50 istimewa daripada Shaklee yang mampu menghalang sinaran UVA & UVB
Daripada membaiki kulit, lebih baik mencegah terlebih dahulu. Bagi anak remaja dan bagi mereka yang masih belum mempunyai tanda-tanda penuaan. Shaklee SPF 50 ini mampu mencegah masalah pigmentasi terjadi lebih cepat kepada kulit korang yang berharga tu.
Muda hanya sekali tau, maka hargai kulit korang tu cepat-cepat!
#Shakleespf50
#UVAUVB
Comments
Post a Comment