PETUA HILANGKAN JERAGAT
Apakah itu jeragat atau hiperpigmentasi? Jeragat atau hiperpigmentasi berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit lebih kusam dan tidak senada. Bintik-bintik gelap / tompokan atau jeragat di wajah dan badan bikin membuatkan menjejaskan rasa malu dan kurang keyakinan diri. Bila sebut jeragat ni, perasan tak masa kita remaja jarang sangat dengan perkataan jeragat ni. Pasal skincare pun rasanya tak terdedah sangat. Mungkin sebab keadaan dulu penggunaan internet tidak terlalu meluas dan disalahgunakan. Maklumat berkaitan kesihatan dan penjagaan diri bagi anak remaja perempuan amat berkurangan, tambahan lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan sub urban (luar bandar). Sepatutnya anak-anak remaja ini terdedah dengan penjagaan diri terutamanya muka dan badan. Mungkin boleh dicadangkan disekolah-sekolah berkaitan aktiviti-aktivit begini, tidaklah mereka asyik terdedah dengan cerita cinta monyet atau sibuk mencari cinta di us